Keselamatan komputer ni memang teramat -amat penting terutamanya pengguna internet.Bahaya kalau sistem kita kurang selamat.Contohnya macam kita yang selalu buat transaksi keluar masuk melalui online banking cam Maybank2u.Sebab apa keselamatan penting?Semua pun tahu nak elakkan data di curi dan disalahgunakan oleh penceroboh.Semua orang jadi takut sebab tu ciri – ciri keselamatan kena ditingkatkan.
Apa yang kita boleh buat?
Apa yang kita boleh buat?
1) Memasang Firewall
Pastikan firewall sentiasa di on.Firewall ni ibarat pagar besi/jeriji besi kat umah kita nak elakkan pencuri masuk.Tapi kita kena ingat walau secanggih mana pun teknologi,penceroboh tetap boleh masuk dalam sistem kita sebab itu langkah memasang firewall yang memang mantap/kuat perlu.Bak kata saya “Sediakan pelampung sebelum tenggelam”
2) Sentiasa update Anti-Virus
Antivirus merupakan satu perisian untuk mengesan dan membuang virus,worm dan seangkatan dengannya.Tujuan utama anti-virus perlu di update adalah untuk mengesan virus baru yang dihasilkan.Tidak kisah la apa jenis anti-virus yang anda gunakan,pastikan ia sentiasa di kemaskini.
3) Install anti-Spyware
Dalam bahasa mudahnya di panggil anti-pengintip.Spyware merupakan program dibuat untuk mengintip dan program yang merosakkan sistem dalam komputer.Jadi berhati-hati jika ada program yang mungkin asing bagi anda masuk dalam komputer anda.Cepat-cepat buang sebelum merebak dan parah.
4) Pastikan anda tahu dengan siapa anda membuat transaksi
Sebelum melakukan sebarang transaksi,pastikan anda mengetahui dengan siapa anda membuat transakasi tersebut bagi mengelakkan kes-kes penipuan.Banyak kes-kes penipuan berlaku akibat tersalah mengambil tindakan dengan berinteraksi dengan penipu.
Baiklah,sekarang periksa komputer anda,adakah cukup selamat untuk online?.
Selamat membaca
No comments:
Post a Comment