Monday 5 September 2011

Senarai Harga Komputer - Low Yat Plaza

Assalamualaikum. 
Kepada peminat komputer khususnya pembeli komputer yang sentiasa tertanya-tanya harga komputer dan peralatan komputer termasuk notebook. 


Sememangnya tidak dinafikan Imbi Plaza, Kuala Lumpur adalah tempat bermulanya penjualan komputer di bawah satu bumbung  oleh berbagai-bagai syarikat  Kemudian, peniagaan komputer beralih ke Low Yat Plaza yang berhampiran. Kini ramai pembeli dan peminat komputer akan berkunjung ke Low Yat Plaza, yang menempatkan All IT Hypermarket, Startec, Thundermatch, Sri Computers, Viewnet, PC Zone, Cycom, Prestige dan Jayacom. Di samping itu banyak juga pilihan barangan di sini. Satu kelebihan dunia perniagaan komputer di Malaysia khasnya Low Yat Plaza, ialah menyediakan senarai harga dalam bentuk kertas A4 dan ada yang lebih besar lagi. Pelanggan bebas mengambil senarai harga yang disediakan. Ini memudahkan pelanggan meneliti harga dan mengetahui serba sedikit barangan yang ada dalam pasaran. Hal ini amat menarik sekali, kalaulah dibandingkan pasaran komputer di kebanyakan negara. Sebab itu tidak dinafikan, peniagaan komputer di Low Yat Plaza menarik minat ramai pelanggan termasuk dari luar negara. 

Ramai yang mungkin inginkan senarai harga di Low Yat tetapi berasa musykil untuk pergi ke sana, tidak perlu susah-susah lagi kerana kita boleh dapatkan dari Internet dari Laman Web: Hardwarezone. Berikut  adalah linknya, hanya klik dan download. 


http://www.hardwarezone.com.my/priceLists

klik

No comments:

Post a Comment